06 November, 2010

Menghargai atau dihargai ?

Bukan senang mahu diri kita dihargai atau disayangi.Bukan mudah juga untuk menjaga hati seseorang.Mungkin ada yang tak kene gaya, salah masa dan cara.Mungkin kerana dia seorang yang ego? atau dia seorang yang tak suka dimanjakan & ingin berdikari sendiri? Mungkin ada yang pernah mengalami situasi begini  :

Masa bercinta,bile dating pakwe datang bagi bunga.Bila dihulurkan, makwe lak leh cakap “ Ishh..ape la u ni jiwang2..I tak suka bunga la”. 

Mesti la pakwe cakap “ Sorry la syg.I tak tau u tak suka bunga. Lain kali I bawak u pi shopping eh”..

Tp korang mesti setuju ble aku cakap , sebenarnya makwe tu hati dia dah nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai bila dapat bunga.Kat umah siap golek2 atas katil peluk bunga.

Dan pakwe lak dalam hati mesti cakap “ Hampeh la u ni.Abis duit makan i 1 minggu belikan u bunga ni.Nak bawak u pi shopping? Hutang kad kredit yang bulan lepas pun I belum bayar ! “ 

hahaha Tak mustahil kan ..Pendek kata , tak semuanya indah dalam sesuatu perhubungan.Tak kira sama ada percintaan,rumah tangga mahupun persahabatan.

Sesuatu perbuatan itu hendaklah lahir dari hati yang ikhlas.Bukan kerana kita buat untuk buat mereka terhutang budi atau kerana ingin diri kita dipuji & disayangi.Buatlah kerana kita menyayangi mereka dan ingin meringankan beban.Tak sanggup untuk melihat mereka menghadapi kesulitan.Jika kita ikhlas,hati kita akan tenang tanpa sifat iri hati ,dengki atau cemburu.

Tak semua orang akan menunjukkan kasih sayang atau pengorbanan mereka.Tidak semua suka menyatakannya secara berdepan.Bukan kerana ego atau apa jua , tetapi mungkin memang itu cara mereka.
Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: