29 July, 2011

Dia yg istimewa

Sebagai seorang adik @ kakak yang dikelilingi oleh adik beradik lelaki yang lain.Semestinya aku seorang yang agak kasar. Biasa la.kalau dikelilingi oleh abang dan adik lelaki, aku tak pernah suarakan atau berkongsi cerita dengan adik beradik aku.Aku lebih kepada kawan2.


Satu hari aku berkenalan dengan seseorang. Semakin hari semakin rapat.Dan akhirnya dia menjadi ahli keluarga angkat aku. Walau kami berlainan negara, tapi dia pandai menyesuaikan diri dan mengambil hati keluargaku. Dalam masa yang sama.Dia banyak mengajar aku erti kehidupan. Jika aku susah disini. Kehidupannya lebih susah di rantau orang. Mengajar aku mengurus kewangan dan mengatasi keinginan hati yang tidak penting benar2 membuat segala urusan ku berjalan dengan lancar.


Tak dinafikan aku pernah bergaduh dengan dia gara2 dia menahan keinginan aku untuk membeli sesuatu.Sedangkan dah lama aku idamkan.Tapi dia berkata sesuatu yang membuatkan aku terdiam dan berfikir sejenak. Akhirnya aku akur dengan katanya sebab apa yang dikatakannya adalah benar !


Dikala aku susah.Dia membantu ku dengan memberi cadangan untuk berniaga.Aku bersetuju kerana berniaga salah satu dari minatku.Kami menjual cekedis (makanan ringan), kain pasang, getah rambut dan macam2 la. Wit untung kalau RM5, kami akan beli makanan dan berkongsi berdua. hehehe bia diingat kembali terasa seronok..Kelakar pun ada.


Keakraban kami telah melahirkan satu pertalian iaitu saudara.Dia telah ku anggap sebagai kakak yang ku sayang. Pada dia aku berani bermanja. Menceritakan segala isi hati aku.Meluahkan apa yang tersirat. Namun semua itu tidak lama,akhirnya dia kembali pulang ke pangkuan keluarganya kerana sudah terlalu lama di Malaysia.


Saat berpisah di LCCT, aku tidak dapat menahan perasaan sayu.Mataku sudah berair tapi aku menahan tangis. Bermacam nasihat yang diberikan kepada aku. Setelah dia hilang dari pandangan.Aku menangis teresak2 seperti budak kecil. Adik angkatnya yang turut menemaniku menyabarkan aku. Bila aku berhenti menangis,dia pula yang menangis.Bila tengok dia nangis. Aku pun ikut sekali. .. :(


Saat terakhir di LCCT
Apabila pulang ke rumah, aku menjadi seorang yang pendiam. Perasaan kehilangan terasa dalam diri. Tapi segalanya kembali seperti biasa apabila kami masih lagi berhubung sampai sekarang. Walau jauh. SMS mendekatkan kami. Kini dia sedang bahagia dengan kelahiran anak kedua. Ya! Aku sudah punya anak sedara.Namanya alisya. Itu la nama yang aku gunakan untuk akaun FB dan Blog aku.. hehehe Kantoi sudah !


Esok 30hb julai 2011, genap sudah 2 tahun kami berpisah.Dan kelmarin 27hb Julai 2011 adalah tarikh lahirnya. Ku ucapkan selamat hari lahir,panjang umur dan tercapai segala impiannya yang pernah diceritakan padaku dulu. Amiiiin




**** Kepada Nelli Elvia ~ terima kasih diatas segalanya. Andai panjang umur ada rezeki, kita akan berjumpa jua.
Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: