23 July, 2011

Pelayaran yang tidak berakhir


Hidup kita ni umpama satu pelayaran.Dimana kita adalah nakhodanya.Menentukan ke arah mana harus dituju. Utara, Selatan, Timur dan Barat.Kita harus menentukan SATU arah yang kita hajati.


Umpama kita ingin mencari harta karun di sebuah pulau.
Semasa belayar kita akan diduga dengan menempuh angin ribut, ombak besar, hujan dan sebagainya. Jika kita lemah, kapal akan karam ke dasar laut.


Dengan semangat dan kecekalan yang tinggi,kita akan berjaya menempuh semua itu. Jika nasib baik, pelayaran akan lancar dengan menikmati cuaca yang cerah dan air yang tenang.

Semasa perjalanan, bermacam manusia akan kita temui di setiap persinggahan.Di situ berbagai hubungan akan tercipta.Sahabat, Cinta dan Musuh. Kita akan lupakan atau maafkan musuh.Sahabat dan cinta ada tikanya kita bawa bersama.Namun adakalanya kita terpaksa tinggalkan untuk meneruskan pelayaran.

Sahabat yang dibawa akan membantu tatkala menghadapi kesulitan.Cinta yang dibawa menjadi semangat dalam diri. Apabila sampai ke pulau yang dituju, di sana pasti akan berjumpa seseorang yang kita cari.Yang membantu kita meneroka, menyokong serta mendidik mengenal erti kehidupan. Mengiringi untuk sampai ke puncak gunung (cita2 & impian ).


Namun jangan kita lupa, apabila sudah sampai ke puncak. Jangan lupa mendongak ke langit.pandanglah matahari. 
(Ada yang lebih tinggi & berkuasa dari kita ). 


Pandanglah ke bawah.Bantu & bimbing mereka yang masih mendaki. Jika kita alpa, kita akan jatuh bergolek ke bawah semula.. 


;o)


Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: