18 October, 2011

` Rasa macam sume lubang nak kuar angin la siot’


Isnin! Ari yang memang tak disukai oleh kebanyakan orang. Maklumlah semalam da bercuti.Nak masuk keje lik memang la liat. Apatah lagi bila sampai ofis,kerja bertimbun atau pagi2 da dapat call yang menyakitkan hati. Tak nak citer banyak. Apa yang jadi.Yang penting ari ni aku banyak keje.Bila da banyak keje.Tak tau mana nak mula dulu.Dalam masa yang sama kepala pun kusut.

Satu ofis ari ni takde mood.So nak hilangkan stress.Suma kuar lunch together2 makan karipap besar kat warung tepi jalan dekat dengan sek keb Permas Jaya 3.! Ada karipap telur ayam, daging, sardine dan kambing.Harga dari singgit hingga singgit 5 posen.. Memang sedap. Cari port duk bawah pokok sambil minum air tebu dan nasi lemak singgit.Mmm yum3.. Daapp nye.. :D

Pas makan singgah Jusco Permas sebab nak cari Sushi. Sambar Sushi yang aneka jenis.Lik ofis sambung keje.Dalam kul 4 lebih, sentap lagi.hehehe

Yum3


Wasabi  & Soy Sauce

Biasa kalau makan aku tak amik yang pakej macam ni. Aku akan amik yang jual satu2.Yang ni lain lak aku tengok sebab Wasabi dia diasingkan.Kalau yang jual satu2 tu diorang da siap letak Wasabi. Aku pun bukak la peket Wasabi pastu tenyeh la kat Sushi tu.Dalam hati tu da terdetik `Biasa dia letak cikit je.Banyak mana ek?'. Dah tenyeh aku pun terus la masuk dalam mulut.Sekali bila da tergigit..

Waahhh… Aku tak leh nak describe kan feel aku masa tu.Nak kata pedas bukan pedas.Nak kata pijar pun bukan.Yang penting ,hidung aku tu da mengembang tahap lapan. Muka aku da merah dan mata aku da berair!.. huhu terharu sungguh aku dapat makan sushi ! Giler ape kau! Bos aku dok tersengih tengok muka aku.

Pastu datang lak technician aku.Dia asal dari Sabah. Memang tak pernah makan Sushi. Bos aku dengan baik hatinya pilihkan satu dan tenyeh Wasabi cikit.. Cikit?? Aku tengok dia punya cikit tu aku da ngeri.Technician aku ni lak terus masuk dalam mulut.Sekali dia gigit, terus berubah muka dia.

Pejam celik pejam celik mata dia.Mulut dia bukak tutup bukak tutup.Macam ikan bernafas.Dia tak bercakap apa2 pun.Tapi tangan dia tunjuk kat kitorang..Pastu terkeluarla satu ayat.. ` Memang problem la korang ni ! ‘

Hahaha Pecah perut  kitorang bantai gelakkan dia.Cian tengok dia amik gelas tuang air sejuk.Minum macam orang kepedasan.Tapi kitorang masih lagi takleh henti gelak. Nasib baik la brother ni sporting.Kalau tak sure kene sebijik.. Bila dia da ok cikit,dia geleng kepala.Paling takleh tahan bila dia cakap `Rasa macam sume lubang nak kuar angin la siot’  hahaha  hilang jap stress kitorang.


****  Jangan korang nak wat keje gile lak makan nasi, ikan goreng campur dengan Wasabi..Kalau korang degil.. barulah korang tau erti PENYESALAN.. kih kih kih





Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: