17 November, 2011

Air mata Roslinda

Ari ni ari ke 2 aku tido di hospital.Aircond yang menghala kat aku memang da cukup wat aku sakit pinggang. Mana taknya dengan tido membongkok di atas kerusi plastik, kepala aku tumpang di sisi katil ibu, da konfem aku sakit pinggang.Tambahan lagi semalam masa anto ibu ke hospital, aku Cuma pakai tshirt dan berseluar pendek.Brrr… ( bukan iklan Coke ok! ) sejuk beb.. Wad Neuro da aku booking jadi bilik aku.hehe

Tido kat hospital ni bukanlah nyenyak sangat.Sape yang pernah tido kat hospital mesti setuju dengan aku. Bunyi beberapa mesin B.P ( Blood Pressure) yang kuat  adakalanya mengganggu aku tido.Mau taknya bunyi  mesin yang ala-ala permainan game berselang seli membuatkan aku rasa macam pesakit2  ni sume ngah main PS2. :D

Aktiviti yang aku wat masa ibu tido da tentulah aku pun tido skali.Mata ni asik ngantuk je.Sesekali aku berbual dengan pelawat yang  turut sama menjaga ahli keluarga mereka.
Di sebelah kanan katil ibu,gadis berusia 25 tahun.Kecil molek.Comel.Suka tengok muka dia.Roslinda nama dia.Masa baru tiba, aku tengok muka dia pucat sangat.Bila da berbual baru aku tau rupanya dia dipindahkan dari Hospital Muar.Dia mempunyai ketumbuhan di kepalanya dan ini adalah kali kedua menjalani pembedahan.Umur masih muda sepatutnya dia sedang mengejar cita2.Tapi sayang, kesakitan yang dialami telah merubah segalanya.Adakalanya aku terlihat air matanya bergenang.Pagi sebelum ibu dibenarkan keluar hospital,Roslinda telah dibawa menjalani pembedahan. Selepas hampir 3jam, baru dia dibawa pulang ke katil. Kepalanya telah pun dibotakkan dan ada kesan jahit di belakang kepalanya.Ya Allah,kesiannya aku tengok keadaan dia.Semoga dia cepat sembuh.amiin..
Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: