05 December, 2011

Udah2 la tengok `Sinetron’ !!...

Da sebulan aku menganggur.Duk kat umah, jalankan tugas sebagai seorang anak pompuan.Bila da settle sume keje, lepak2 tgk dvd dengan zul.Kalau bosan kat umah, malam kuar jalan2 pusing Bandar JB. Santai tepi laut,borak2.

Adakalanya seronok bila rasa bebas macam tu.Nak kuar jalan, bila2 masa boleh.Malas kuar, leh duk umah.Tapi sampai bila.Orang macam aku ni yang memang suka bekerja. Mana leh rehat lama2. Kematu ontot ( punggung)  aku asik duk umah.

Rasanya badan aku da cukup berehat kot.Cukup la  aku berehat.Insyaallah ibu da sembuh nanti aku nak sambung bekerja.Bekerja dengan lebih efiksen dan tekun.Kalau rezeki lebih,aku tak mau da gila2 keje sangat. Aku nak jaga kesihatan, beriadah dengan kawan2. Badan sihat,hati tenang,fikiran waras. Yang penting HEPI …Hehehe

Sentuh pasal ibu, tetiba aku teringatkan adik lelaki aku,Zul mengusik ibu. Petang tu ,ibu dengan yang lain menonton TV kat ruang tamu.Biasa la ibu `asyik’ sangat dengan citer Indonesia `Nada Cinta’.. Abis je citer tu ibu minta Zul tolak `wheel Chair’ ke bilik seraya berkata `Sorry eh,Ibu susahkan adik kene tolak ibu.Jangan marah ibu eh’..Yang adik aku ni lak dengan sengalnya dia menjawab `Udah2 la tu bu.Ni la dia.Banyak sangat tengok citer `Sinetron’ !!.. Ibu tergelak dengar jawapan dari Zul.hehehe

Ya! Aku akui hati ibu sekarang mudah tersentuh.Setiap kali tukar pampers , dia akan ucapkan terima kasih.Bila tengah malam atau subuh, dia akan kol untuk kejut aku kalau nak ke bilik air dan akan cakap `sory ye.Ibu susahkan anak2..’ Begitu juga jika pakaian atau kerusi terkena air kencing.

Tersentuh hati aku, setiap kali dengar ungkapan ibu. Mengapa perlu meminta maaf ibu?? Sya dan adik beradik lain yang sepatutnya mengucapkan begitu.Maafkan kami ayah dan ibu kerana menyusahkan kalian waktu menjaga, mendidik dan membesarkan kami adik beradik. kami yang masih berhutang dan belum membalas jasa kalian.Masanya telah tiba untuk aku membalas budi..Kuatkan semangatmu Ibu !!  :D
Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: