03 January, 2012

Awas dengan perempuan itu !!

Petang tu jam 4.30 petang, CC ngah makan nasi bungkus dalam bilik. Baru suapan yang ketiga, ayah panggil CC kuar bilik dan memberitahu ada 2 orang perempuan yang datang ke umah dan ayah meminta agar CC bertanyakan tujuan perempuan tersebut.Memandangkan ayah dan ibu CC juga sedang menjamu selera, tanpa banyak tanya lagi CC terus basuh tangan dan keluar. Di hadapan umah ada 2 orang perempuan berbaju kurung `bling2' ( macam nak pi majlis perkahwinan) usia dalam lingkungan 20an.CC  bertanyakan dari mana dan tujuannya.

`Maaf kak kerana mengganggu.kami ada membuat rawatan amal kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas.Mak akak umur berapa ye?'.

`Mak akak memang umur da 60 tahun.Awak dari mana tadi?'

`Mmm klu boleh kami nak jumpa mak akak?'.

`Ow maaflah mak tengah makan.Awak dari mana tadi? 
(soalan kali kedua)'.

`Kami dari ^%#$@^%***& (yang CC tak berapa dengar sangat butir dia) ada nak buat rawatan amal la.Oh yeke.Tak apa la kak.maafla kak kami mengganggu. Assalamualaikum.'

2 orang tu terus kuar tinggalkan umah dan berjalan kaki menuju ke hujung lorong yang sememangnya jalan mati. CC masuk dalam umah tapi mata CC ni masih perhatikan mereka. Hati tertanya2..

  • Orang wat rawatan amal ni memang pakai baju kurung `bling2' ke?
  • Kalau nak wat amal, nape tak pi umah jiran CC yang lain? Sedangkan jiran depan umah CC tu lagi `full package'. Darah tinggi,kencing manis,asma suma ada.
  • Nape diorang berjalan kaki dan bukan naik keta?
  • Nak wat amal tapi takda tunjuk pas atau surat sokongan.
  • Bila tanya dari mana,diorang tak sebut dengan jelas.

Bialah malas nak fikir.Tapi selang 1 minggu dari tarikh tu.CC balik kampung ibu di Muar.Mok Uteh CC citer yang Mak ngah CC telah kehilangan barang kemas ketika bulan Ramadhan angkara 2 orang perempuan bertudung labuh.

 Cer citer Cer citer...

OK.. Citer dia gini..Satu ari tu,2 orang perempuan ni datang umah Mak Anjang CC dan mengatakan kononnya diorang ni dari Jabatan Kebajikan.Nak cari ibu2 tunggal atau warga emas yang memerlukan bantuan. CC tak berapa dengar apa yang Mak Anjang CC ni jawab kat diorang, tapi Mak Anjang CC suh diorang pi umah Mak Ngah yang tidak jauh dari situ.
Sesudah bagi salam,Mak Ngah CC pun keluar umah dengan memakai beberapa barang kemas seperti rantai leher,gelang tangan dan cincin. Perghh.. Mak Ngah CC lak yang `bling2'.. hehehe. Tetamu dijemput masuk.

Dipendekkan citer,diorang ni ulang semula yang diorang dari Jabatan Kebajikan.Bla bla bla nak bagi sumbangan beras,  gula, minyak sume tu la. Ada prosesnak amik gambar dulu sebab nak tunjuk kat ketua jabatan wajah calonnya la.Tapi dengan satu syarat, barang kemas sume kene lucutkan sebab nanti pejabat tak percaya pulak kalau tengok pakai barang kemas. Kononnya masih mampu la.Mak Ngah ni pun lucut la sume barang kemasnya.Dan simpan di dalam tempat simpanan. 

Ingat da selesai. Ehhh.. dia cakap nak amik gambar tak leh pakai baju biasa.Kene pakai jubah pulak! Adoyai..macam nak KONVO lak..Nak kene pakai jubah sume bagai.Mak Ngah ni pun `excited ' la.Masuk dalam bilik, bongkar almari baju cari jubah yang elok.

Bila da pakai.. kuar bilik.......

Ehhh... 2 orang perempuan tu da hilang!Bukan setakat tu je, bila diperiksa semula barang kemas sume da ghaib !! Kesian kat Mak Ngah aku, bila anak dia balik keje mak Ngah aku da macam kucing hilang anak.Diam je.Sesekali dia mengadu `Barang kemas da hilang.Ni da nak raya.Barang da takde'. huhu  sedihnya aku dengar...

Aku tak faham la nape diorang ni suka jadikan warga emas sebagai mangsa.Cuba bayangkan kalau benda ni jadi pada mak, adik atau ahli keluarga korang?. Apa tindakan yang korang amik.




Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: