03 January, 2012

Taklimat AKPK di Bank Negara Malaysia,Johor Bahru.

Korang pernah dengar tak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit? Singkatannya AKPK.. Mesti pernah baca atau lihat iklan mereka di akhbar dan televisyen. Bagi yang tak tahu fungsi AKPK, CC akan terangkan apa itu AKPK..








AKPK ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 dan menyediakan khidmat kaunseling dan pengurusan hutang secara PERCUMA. Korang leh dapatkan kaunselor yang sedia berkhidmat untuk membantu mereka yang mengalami masalah kesukaran untuk mengawal semula kewangan.


Baru-baru ini, CC ada menghadiri taklimat yang dijalankan di Bank Negara Malaysia,Johor Bahru.Taklimat ini diadakan pada ari Khamis Jam 2.30 petang.Kalau nak tahu lebih lanjut, korang klik kat AKPK Link..




`Kenapa CC hadiri taklimat? '

Ok.. bia CC kongsi citer sikit. CC juga tidak terlepas dari masalah pengurusan kewangan akibat hutang. Hutang yang banyak sehingga melibatkan 5 buah bank da tentu memeningkan kepala CC setiap bulan. Mana nak bayar bank, tenggiling ( kereta) CC, petrol, makan, bil api air dan lain-lain.Itu tak masuk lagi nak beli barang2 keperluan lain. Nak bagi orang tua wit poket lagi. Masalah sama berlaku setiap bulan bila keinginan dan kehendak CC sendiri tak dapat ditunaikan. Hampa dan kecewa. CC sudah menanggung semua ini selama 4 tahun.




`Kaki joli la ni.. tu sebab byk hutang!'

Kalau CC kaki joli,sure CC tak menyesal macam ni sebab CC yang cari penyakit.Padan muka CC kan.. hehehe tapi ini sume terjadi akibat percayakan kawan.Takyah la CC sebut nama dia.Cuma CC harap dia henti2 kan la tabiat pentingkan diri sendiri tu.


`Gila ke bagi kawan duit?'

Tidak.. CC tak bagi dia duit.Tapi dia mendapat keuntungan dari pelaburan CC. Sape yang faham maksud CC tu, bagusla. Yang tak faham tu, wat2 la faham.hehe

Ok cukup..Tak mau citer lagi sebab CC bukan minta simpati cuma berkongsi pengalaman.CC harap kalau ada antara korang mengahadapi masalah yang sama dengan CC ni, korang pi la dapatkan khidmat AKPK. Bukan untuk kesenangan orang lain.Untuk ketenangan hidup korang gak. 
Jangan tunggu sampai askar Migrain, Stress, darah tinggi sume `ambush' korang baru korang nak pi ye..hehe


`Beriya sangat suh pi AKPK ni pehal? ada komisyen ke?'

Ishh.. takdela.AKPK bagi khidmat percuma.Jadi CC pun bagi nasihat percuma.Tak salah kan kita kongsi pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran.. :D

Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: