09 April, 2012

Tahniah Pemenang ABPBH25 !!

  




Tamat sudah Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke 25.Dengan persembahan mantap sebagai pembuka tirai, suasana dihangatkan lagi dengan debaran pengumuman pemenang-pemenang anugerah.Ada kemenangann yang dijangka seperti Faizal Ismail, Farah Fauzana,Yuna, Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Hafiz.


Yang tak dijangka seperti Johan Ariff Ashaari,Didie Alias dan Fizz Fairuz serta Zizan Razak. Tergambar kejutan dan kesayuan di wajah masing-masing terutama sekali Fizz Fairuz yang sejak dari mula nama diumumkan sebagai pemenang, jelas di wajahnya menahan tangis.


Gabungan 4 pengacara sekaligus mungkin menimbulkan sedikit kekecohan apabila semua berebut nak bercakap.Kekadang ada gak `potong stim' bila semua bercakap serentak dan ada yang sampai tersasul.


Kesian gak bila tengok Didie Alias menjadi mangsa fesyen unik bila memakai baju ada kon aiskrim ( seperti kata Zizan) dan baju payung yang warna warni.Tahniah kerana beliau berani dan selamba walau diusik oleh Zizan dan Sharifah Shahira.

Lagi satu perkara yang CC perasan pada malam ni, ada artis memakai satu fesyen baju yang sama iaitu baju yang seakan-akan warna  kulit.Contohnya Ziana Zain dan Dato Siti Norhaliza.Ada lagi artis lain tapi CC lupa siapa.Yang lelaki pula majoriti pakai sut kaler Silver.Apapun mereka kacak dan jelita pada malam ni.


Touching bila tengok dia cium dahi Isteri.
Loving husband & wife.  ^_^


Tahniah kepada semua pemenang terutama sekali Aaron Aziz kerana berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular.


Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com