24 July, 2012

Ibuku yang comel... ^_^

CC rasa belum terlambat lagi CC ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK kepada semua bloggers. CC harap agar Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna pada semua bloggers. Begitu juga dengan CC, mengharapkan sesuatu yang terbaik dalam hidup CC.

Malam ni adalah malam ke-4, kita semua berbuka puasa. Malam ni semua ahli keluarga CC, ayah ibu, abang2, adik, kakak ipar dan anak saudara berbuka  bersama. Maklumlah kekadang tak semua ahli keluarga ada bersama. Adakalanya abang dan kakak ipar akan berbuka di rumah mertua.

Peristiwa manis yang memang CC akan ingat sampai bila2 malam ni ialah apabila adik CC, Zul bercerita yang ibu CC ni terkena akhirnya oleh ayah CC. hekhek 

Citer dia gini...Ibu CC ni memang dari dulu lagi dia tak suka pi klinik.Memang susah sangat nak bawak dia pi klinik.Kalau demam pun, dia lebih prefer mam panadol dari pi ngadap muka doktor.Pada dia , asal pi klinik je konfem kene cucuk.Dia takut jarum!..tu sebab CC dulu tak bertindik sebab ibu takut jarum. Dia kesian takut CC nangis. Ari tu masa CC nak tindik lagi pun dia tak nak teman. Dia takut tengok jarum. Walhal CC da bitau dia la ni tak pakai da cucuk manual pakai jarum. Masih lagi tak nak terima. hek hek



Dia ingat semua doktor muka macam ni ke???


Ok back to story.. Sebenarnya citer dia bermula semalam. Masa CC baru sampai umah, ayah CC bitau CC yang kandungan gula dalam badan ibu CC tinggi. 18!. Tinggi kan. Ayah bebel la sebab ibu memang tak nak cek kesihatan langsung. Dulu hampir kene stroke sebab tekanan darah terlalu tinggi. 211/113..Ni kandungan gula pulak yang tinggi. So nak dijadikan citer, ayah CC ni tak puas hati la sebab diorang cuma cek kat farmasi. Jadi ayah ni pun kene kan ibu petang tadi. Dia suh ibu bersiap nak kuar jalan2 katanya. Ibu ni punya la suka sebab nak berjalan.Dia bajet ni mesti pi Giant.Tak pun pi Maslee.  Masa nak masuk kereta tu,ibu sempat cakap dengan Zul sambil melambai tangan " Babai.. kita nak pi jalan.kita tak balik sampai berbuka nanti." 


Tapi excited ibu CC tak lama pun sebab dia tertanya2 nape bila sampai flyover Angsana, ayah CC belok kiri menuju ke kampung CC jugak.Ishh.. ni jalan ke tempat lain ni. Dada ibu da naik turun naik turun sebab menahan marah rasa tertipu. Lagi nak meletup bila ayah parking kereta depan Klinik. hakhak ayah cakap muka ibu memang nampak sangat menahan marah. Bila dipaksa ayah barulah ibu nak turun. hahahaha tapi bila da jumpa doktor, ibu kuar dari bilik doktor dengan muka hepi. Ayah cakap balik umah, baring atas kerusi sambil menyanyi sebab kandungan gula ibu turun  kepada 9! Ayah cakap kandungan gula ibu turun sebab tekanan darah ibu naik bila menahan marah. hakhakhak 

CC adik beradik semua gelakkan ibu sebab kene tipu dengan ayah Bukan nak jadi anak derhaka, tapi kekadang memang nak marah ibu. CC pernah offer ibu RM100 kalau dia ikut CC pi klinik masa kaki dia luka dalam terpijak kaca. Darah banyak kuar. Dia tak sapu ubat. Tapi cuma tekup dengan kopi je untuk berhentikan darah. Pastu balut kaki dengan kain batik .Yang geramnye tu, masa dia kene dia tak panggil pun C adik beradik. Kalau tak kerana CC cam kan kaler lantai yang macam air kopi tumpah memang dia tak citer. 

CC sempat berseloroh dengan ibu " Itu nasib baik ayah yang bawak pi klinik.Ibu boleh la nak ketawa2 skali.Cuba kalau anak2 yang buat.Alamatnya memang 1 minggu la dia mogok kat umah!" hahahaha



Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: