16 December, 2012

Ilham di tengah malam hari.. ^_^

Hai semua... Lama CC tak update blog kan..Maklumlah bz dengan keje.Outstation sana sini. Bulan ni je `Big Boss' bagi cuti untuk rest.Insyaallah bulan depan bila market baru kat Indon da dibuka, CC akan terjah sana pulak.Bulan Feb 2013 ni big boss suruh planning nak wat family day kat mana.. Pening gak kepala ni nak suggest wat kat ne?. Hurmmmm.....

Alhamdulillah.CC bersyukur sangat dengan apa yang CC ada sekarang ni.Rezeki , kawan2 dan kerjaya membuatkan CC hepi dengan life CC sekarang. Bersyukur kepada Yang Maha Esa.

Kita sentiasa berharap agar kehidupan kita seharian sentiasa lengkap dan bahagia.Sentiasa mahukan yang terbaik dalam segala usaha dan peluang yang kita miliki.Tapi antara sedar atau tidak, kita terlupa bahawa kita sebenarnya yang mewarnai dan melengkapkan hidup kita sendiri.

Sebagai contoh , sekiranya kita menghadapi dugaan dalam kehidupan  seperti di tempat kerja atau peribadi.Jangan la terus mengeluh dan mengalah kerana apabila kita berbuat demikian, kita sebenarnya telah mewarnai kehidupan dan hati kita dengan warna kesuraman.Itulah sebabnya kita akan hilang semangat dan malas berfikir.Terima saja apa yang dikata dan terjadi. Akan tetapi apabila kita menerima sesuatu dugaan dengan Redha dan berfikir untuk mempositifkan diri.Kita akan hadapi dugaan tersebut dengan tenang dan tawakal. Ketika itulah kita telah pun mewarnai kehidupan kita dengan warna keriangan! Segalanya akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. 

U olls tahu tak bahawa kita ini walaupun kerjaya kita sebagai pelajar, ahli perniagaan, pekerja kilang, pengurus, tukang kebun, tukang gunting rambut mahupun pekerja Zoo yang kerja dia sibuk duk mandikan badak air ( sang pemalas ) atau Cik Zirafah ( yang tinggi lampai ala2 model uh ).Dalaman u olls adalah sebagai seorang pelukis yang membawa kanvas putih serta mencari ilham untuk mewarnai kanvasnya. Yang inginkan hasilnya menjadi tumpuan dan pujian kepada sesiapa yang melihatnya. Selepas selesai satu lukisan, dia akan melukis lagi dan lagi  hingga seterusnya. Dia takkan berhenti melukis atau melukis sesuatu yang akan   menerima kutukan atau kejian dari orang ramai.Maksudnya disini adalah sentiasalah berfikiran positif , bersangka baik sesama manusia,jangan la iri hati tau dengki pada orang lain. Tumpukan pada kehidupan sendiri dari kita sibuk melihat dan bercerita perihal kehidupan orang sekeliling kita.

Ini bukanlah pesanan untuk u olls saja.Tapi ini juga adalah peringatan dan cara CC memotivasikan diri CC sendiri..  ^_^


Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: