31 December, 2012

Kotak cermin

Di hadapan adalah masa depan..
Di belakang lepasan masa silam..
Di kiri kanan berlakunya kejadian semasa..

Kaki kaku untuk melangkah..
Keliling ku adalah cermin..
cermin kehidupan yang tidak bernoktah
selagi nafas dihela..
selagi otak berfikir..
selagi itulah tenaga ku dikerah..
jiwa bergelora..
mengikut arus kehidupan..

Keluar dari kurungan ini..
Pandangan tiada bertepi..
kabur mengatasi..
langkahku terhenti
Di lorong hitam.. tiada cahaya..

Jeritan sekuat hati..
Retak seribu..
Lalu berderai..

Ku bersujud..
Memohon keampunan..
Ketenangan dipinta..
Allahu Akbar..


Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: