31 December, 2012

Pesanan terakhir ~ 2012

Akhir tahun 2011 adalah sesuatu yang amat memeritkan dan menyedihkan.Sudah jatuh .ditimpa tangga.Kehilangan pekerjaan hingga menyebabkan ibu CC jatuh sakit. Alhamdulillah awal 2012, kehidupan dan semangat CC mula naik semula.Bekerja di tempat baru, bertemu dengan  kawan2 baru.Di sini berlainan dengan tempat dulu sbb katcni CC ramai kawan sekerja. Tambahan lagi memegang jawatan yang tak disangka ~ Marketing. Kerjaya yang CC elakkan dari dulu sbb gugup berhadapan dengan orang ramai. Namun begitu, alhamdulillah dapat diatasi sedikit dan CC enjoy dengan kerjaya CC.

Di sini CC berkenalan dengan seseorang yang amat CC kagumi.Ketabahan dan kecekalan hatinya yang  CC kagumi.Ketegasan dalam kelembutan. Kecekalan dalam kehampaan. Senyuman dalam tangisan. Semangat juang yang tinggi.Kasih sayang tidak berbelah bagi pada kawan2. Berjalan dengannya amat menghiburkan kerana dia suka buat lawak sengal & muka cencurut dia.Selalu kene tampar dengan CC sbb geram dengan gelagat yang sentiasa mencuit hati.Itulah Norhayati. Luv U So Much Babe.. 




Seorang lagi yang CC kenali adalah seseorang yang kuat gelak.Kalau wat lawak cikit pun ketawa dia yang kuar dulu.Kalau beregu dengan Norhayati , memang CC akan kalah la sbb diorang lagi kuat.hahaha seorang yang kelakar. Batu api gak budaknya ni.Kalau mengalan orang mmg NO 1.Kalau dia berjaya, suka lompat2 sambil tepuk tangan.hahaha.Ada je dia nak cakap atau bualkan. Muda dari CC tapi tak menjadi masalah bagi kami untuk rapat.Dia adalah Noratika..Luv u too..





Buat kawan2 ku yang sedia ada..Cik Naga, Pdot, Nong, Toyol, Ketam, dak2 banzai .. terima kasih diucapkan kerana masih lagi kekal kita berkawan.Kepada yang telah pun menamat zaman bujang,Semoga berbahagia selalu dan berkekalan.Kepada yang belum berkahwin, jangan lupa jemput nanti.Leh wat reunion skali.hehehe  Korang tetap yang terbaik diantara yang terbaik... Luv u moreeeee...



Kepada seseorang yang amat CC sayangi iaitu Yuzeema Yahya.Semoga adeq bahagia & sukses selalu.Jauh tidak bererti menghilang.Doa org selalu mengiring kehidupan adeq.Ingatlah segala pesanan yang pernah org bitau.Jangan sesekali lupa biarpun kita berjauhan.Kebahagiaan adeq akan impian org.Kejayaan adeq merupakan ketenangan org.U always in my heart.Sayang adeq selalu.



Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: