30 January, 2013

Selamat Hari Jadi Ibu.. :)

Hari ini adalah Hari jadi ibu yang ke 63 tahun.Sya doakan semoga ibu dipanjangkan umur,  murah rezeki , bahagia disamping keluarga dan suami tersayang. Dikurniakan Rahmat dariNya dan kesihatan yang berkekalan. 

Pagi tadi sebelum pergi kerja, sya hanya sempat nyanyi kan ibu lagu Selamat Hari Jadi Dan hadiahkan ibu ciuman. Semalam sya da belikan ibu baju baru dan dah bagi pun pada ibu semalam. Ayah tanya kenapa bagi awal sangat. Sya jawab malam ni kan kita nak kuar makan ramai2. Sya nak ibu pakai lawa2 masa kita celebrate bday ibu. Bia muka ibu berseri2 malam ni.

Sya nak ibu tau. Sya bangga jadi anak ibu sbb ibu ajar kitorang jadi anak yang baik. Walau ibu hanya seorang suri rumah, ibu menjaga dan didik sya dengan adab. Adab bila bercakap dengan orang tua, ibu cakap walau pun orang tua uh marah2 kita. Jangan sesekali meninggikan suara atau kurang ajar dengan dia. Sebab dia orang tua. Kalau datang umah orang, jaga adab. Kalau tuan umah hidangkan kita air, minum je air uh walaupun kita tak suka air uh. Kalau dihidangkan makanan.makan je apa yang ada.Jangan dihabiskan atau diminta tambah sebab mungkin apa yg dihidangkan adalah bahagian tuan umah melainkan tuan umah sendiri yang suruh.Jangan sesekali bukak ice box umah orang,walau kita haus sebab mungkin tuan umah kurang barang dapur yang menyebabkan dia malu.

Ibu adalah seorang ibu yang hebat dan kuat. Ibu pernah sakit strok sebelah badan.Tapi kerana semangat yang kuat ingin sembuh.Ibu gagahkan diri sampai la ibu boleh berjalan seperti biasa.Walau  pun lemah ibu masih lagi nak wat kerja umah sebab ibu cakap kalau rehat lama, nanti badan ibu lemah. Tapi kitorg tau, ibu lemah klu kitorg suh pi klinik.. hehehe bia pun nak bg upah rm50, ibu sanggup tolak sebab tak nak pi klinik.. sampai ayah kne tipu ibu kononnya nak pi jalan2.Tapi rupanya ayah bwk pi klinik.Ibu jumpa doktor dengan baju lawa2.. hehehe  itulah ibu.

Sya sorang je anak pompuan ibu.Tapi ibu tak pernah anggap sya yang bukan2 bila sya berpakaian seperti lelaki. Dengan jeans & tshirt. Ibu tak pernah bebelkan sya bila sya jalan macam bonzer.Walhal ibu nak anak ibu sorg ni jalan dengan lemah lembut.. hahahaha  Ibu tak macam tu sebab IBU KENAL ANAK IBU NI....

Sya tau ibu takkan tau apa yang sya cakap sekarang ni sebab ibu tak pandai bukak internet.Ibu tak tau apa itu blog.Ibu takde FB.Ibu pun tak tau apa itu twiter.Tapi ibu tau camne nak ajar & didik anak ibu. Sya tak cakap depan ibu sebab sya malu. Sya tak pernah cakap sya sayang ibu secara berdepan.Tapi sya luahkan dari cara yang lain. 

Akhir kata dari Sya.. Sya nak cakap yang..


`Sya Sayang IBU SESANGAT '..


Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: