14 March, 2014

Maafkan aku

     Bila terfikirkan peristiwa itu, ku berdoa agar ianya tidak tersimpan di dalam hatinya.Tidak terlintas di fikirannya. Iya! ku sedar pada malam itu, aku harus mendengar ceritanya sebagai seorang sahabat.Malam itu dia bercerita dengan rancaknya.Dari nada ku tahu masih ada sinar cinta dalam hatinya.Pada mulanya aku dengarkan hinggalah tanpaku sedar, aku telah meninggikan suara untuk dia berhenti bercerita mengenai seseorang. Bukan ku cemburu tapi aku kesian padanya kerana `seseorang ' itu yang mahukan dirinya tapi telah menyakiti hatinya hingga dia mengalirkan air mata.Apa yang terjadi? Tidak perlu diceritakan. Aku yang menyaksikan dia mengalirkan air mata tika itu hanya mampu memujuknya agar dia kuat dan memberitahunya aku percaya akan dirinya dan akan sentiasa berada di sampingnya. Ya Allah.. aku telah berbuat salah.

  Wahai Sahabat.. tahukah engkau bahawa aku amat menyesali atas apa yang terjadi? Betapa aku berasa amat bersalah? Walaupun selepas aku meninggikan suara, kau terdiam dan aku sudah meminta maaf.Kita terus berbual topik lain dan bergurau seperti biasa.Namun ku tahu dihatimu mungkin sudah tertulis bahawa kau mungkin takkan berkongsi cerita denganku lagi. Wahai sahabat.. tahukah engkau bahawa aku merindui kau berkongsi cerita denganku? Tiada rahsia antara kita. 

  Wahai sahabat.. bagaimanakah caranya untuk ku kembalikan kemesraan kita seperti dahulu?  Ya Allah.. ku berdoa padamu Ya Allah. Kembalikan dia kepadaku.Terbitkan kerinduan di hatinya sebagaimana ku rindu kemesraan kami sebagai seorang sahabat yang takkan terpisah.Sejukkan hatinya tatkala aku berbuat salah. Lembutkan tutur katanya tika berbual denganku. Wahai sahabat.. maafkan aku. Aku sedar aku bersalah dan aku ingin mengubah semua itu.


*** Hasil nurkilan dari seorang sahabat kepada sahabatnya***

# Kepada sahabatnya.. CC harap awk membaca luahan hati sahabat awak ini dan maafkanlah dia.Dia hanya manusia biasa yang tidak lari dari berbuat kesilapan.
Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: