14 March, 2014

Kecanggihan itu baik atau memudaratkan ?

Sejak sudah ada gadget canggih ni, komputer atau laptop semakin dilupakan. Dahulu masa laptop diperkenalkan, masing2 berebut2 nak memiliki laptop walaupun hanya bersaiz kecil. Ketika laptop sedang popular, pengedar2 barangan komputer menjual beraneka beg laptop yang memenuhi citarasa pelanggan. Ada yang mempunyai design kartun, berwarna warni dan beraneka bentuk. Ada dalam bentuk backpack atau sling beg.

Tapi kini teknologi semakin canggih. Keluaran gadget baru seperti tablet membuatkan ramai pengguna sasau. Tidak keruan untuk mendapatkan keluaran dan application yang terkini.Ibu bapa juga sibuk membelikan anak2 mereka tablet untuk bermain permainan video atau layari laman sosial.Seronok memanjakan anak2 hingga lupa bahawa mereka juga sebenarnya merenggangkan hubungan antara ahli keluarga. Jika si ibu dan ayah sibuk ber we chat, whatsapp, viber, instagram dan facebook.Anak2 akan sibuk mendownload game2 yang terkini dan mungkin juga jika tidak dipantau , mereka boleh terjerumus kepada aktiviti yang tidak bermoral. Kewujudan gadget ini juga boleh merenggangkan hubungan sesama kawan dan individu lain.

Sebagai contoh, kita berjumpa dengan kawan. Seorang kawan yang sedang mendengar crita dari kawannya pasti akan terhenti atau terganggu dengan bunyi notification.Kawannya pasti akan terus mendengar cerita sambil jarinya menekan2 keypad membalas komen.Dan jika ada perkara yang melucukan, pasti akan tersengih2 atau tertawa.Adakah dia sedar akan perasaan kawannya yang sedang bercerita?Mesti dia bersedih kerana terasa tidak diendahkan. 

Tapi bukanlah semuanya buruk. Ada juga kebaikannya. Di mana kita dapat berjumpa balik dengan kawan lama di laman sosial. Gadget ni juga menjimatkan ruang dan belanja. Iya la sekarang masing2 hanya perlu ada gadget dan internet. Untuk berhubung, mereka hanya perlu mendownload application we chat, viber atau whatspp secara percuma dan mereka boleh berhubung tanpa perlu memikirkan talian terputus atau baki tidak mencukupi.

Pendek kata, keburukan dan kebaikan sesuatu kecanggihan itu terletak kepada individu itu sendiri. Cara mereka mempraktikkan kemodenan itu dengan cara yang betul ataupun salah.

Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: