16 March, 2014

Bila ada yang tak kene dalam sesuatu perhubungan,tidak kira kekeluargaan,persahabatan,percintaan mahupun perkahwinan.Seeloknya bila ada yang tak kene,tak suka atau meluat janganlah bercerita pada yang lain.Perkara takkan selesai,malah lagi mengundang kebencian atau salah faham pada individu yang mendengar.
Tidak salahkan jika jumpa orang yang dimaksudkan dan katakan padanya apa yang tak suka.Mungkin sebenarnya,kita yang salah faham atau dia tak sedar akn hal itu.Tak semua orang sempurna.Mungkin kita sendiri pernah mengguris hatinya,tapi dia tak luahkan pada sesiapa kerna tak mahu orang pandang serong atau salah sangka pada kita.Atau mungkin dia tak mahu bersuara kerna tahu kita memang dah pandang serong padanya dan kalau diluahkan kita tetap takkan terima kata2 nya.Fikirkan lah..Hubungan yang lama terjalin selalunya akn jadi pertelingkahan,n lebih manis jika dibaiki dengan berbincang dan tolak ansur.

Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

15 March, 2014

Still Pray for MH 370

     Hari ini genap sudah seminggu pesawat MH370 hilang tanpa kesan.  Berbagai bantuan dan usaha juga dilakukan. Bantuan dari negara luar, doa dari rakyat satu dunia serta solat hajat bagi yang beragama Islam amat dihargai. Namun begitu, apa yang dikesali adalah andaian yang tidak berasas serta kata2 yang memperlekehkan  individu lain. Berbagai spekulasi juga timbul dan diwar- war kan di laman sosial, berita tv dan surat khabar. Mengapa mesti timbul perkara sebegitu. Kita sering  #prayforMH370# di setiap post di FB, Instagram, we chat , tapi adakah kita benar2 berdoa untuk mereka? atau sekadar ikutan? 


     Sayunya rasa hati apabila mendengar cerita dari seorang sahabat CC yang menonton Rancangan di Astro Awani yang menceritakan tentang penumpang2 pesawat MH370. Ada soseh2 yang mengatakan mereka ke Beijing untuk melakukan perkara tidak bermoral. Tapi tahukah kamu, bahawa ada penumpang2 itu ada kisah mereka sendiri. Sepasang pengantin baru yang baru berkahwin mendapat hadiah honeymoon dari keluarga ke Beijing. Ada seorang isteri berasal dari India yang tidak berjumpa dengan suaminya yang bekerja disana selama 17 tahun. Seorang anak yang ingin melaporkan diri kerana melanjutkan pelajaran disana. seorang ibu yang bekerja keras, tidak pernah mengambil cuti dan percutian ke Beijing adalah percutiannya yang pertama. Ahli keluarga mereka disini sedang menunggu kepulangan mereka ke pangkuan keluarga. Seorang ibu yang menunggu kepulangan anaknya.Seorang isteri yang menunggu suaminya,seorang anak yang menanti ayah ibu bapanya. Mereka menunggu dengan harapan agar insan tersayang selamat.

  Wahai kamu sekelian.. marilah kita sama2 berdoa agar pesawat MH370 berjaya ditemui.Hentikan sebarang spekulasi yang hanya akan mengguris perasaan ahli keluarga penumpang MH370..


Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com