29 June, 2012

Perasaan yang sudah lama tak dirasai



Setiap hari pasti ada halangan, dugaan, kegembiraan, kebahagiaan yang kita alami.Tapi adakah ianya sesuatu yang pasti.Adakalanya hari ini kita bersedih.Esok kita gembira. Mungkin juga pagi ini kita menangis sedih, petang nanti kita menangis gembira? Dalam hidup kita tidak boleh terlalu bergantung atau redha dengan apa jua yang kita hadapi.Kita perlu berusaha mencapainya atau mungkin kita perlu berusaha menangani sesuatu yang tidak perlu kita simpan.

Sebagai contoh, hari ini kita ditawarkan sesuatu imbuhan yang besar.Sesuatu yang benar2 kita impikan.Ianya datang bergolek di depan mata. Kita masih perlu berfikir adakah kita patut menerimanya atau kita patut lepaskannya? Pernahkah kita terfikir dari sudut yang berbeza.Kesan dan impak yang akan berlaku.Mungkin kita takkan nampak bila kita gelap mata..

Apa yang CC nak kongsi di sini adalah perasaan yang sudah lama CC tak rasai. Tak dapat diungkap dengan kata.Ketenangan dan keseronokan.Kalau selama ini, CC abiskan masa hampir 12 jam bekerja untuk mendapat pendapatan lebih.Kini alhamdulillah CC tak perlu lagi bersekang mata sampai 12jam.Malah CC berpeluang melihat keindahan tempat orang sambil mengenali orang sekeliling.

Berkenalan dengan orang baru adalah sesuatu yang istimewa dalam hidup kerana kita kan lebih pandai menilai manusia di sekeliling.Alhamdulillah semua yang CC kenali baik2 belaka.Jika ada yang tikam belakang, hanya segelintir.Dan ia sememangnya lumrah manusia.Tiada yanng sempurna bagi seseorang itu. Hanya kita yang perlu mengawal diri dan intonasi.

CC berharap perasaan ini akan berkekalan sampai bila2.Kepenatan dan keletihan dulu bialah menjadi satu pengalaman hidup.Yang akan datanng akan menjadi suatu kenangan yang takkan dilupakan.Amiiiin...
Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: