04 July, 2012

kau kah sahabat ?

Hari ini CC nak menyentuh isu `sahabat'.Rasanya hari ini banyak post di Facebook yang berkaitan `sahabat' CC baca. Kalau nak bercakap mengenai isu `sahabat' ni memang satu kegemaran CC sebab CC ada mempunyai `sahabat' yang CC sayangi. Bukan senang kita mencari `sahabat'. Kawan dan kenalan memang mudah kita cari. Dengan hanya seseorang mengucapkan salam, hello atau hai.Itu dah boleh menjadi kenalan kita. Bila tempoh berkenalan itu semakin panjang, ia telah bertukar menjadi kawan.Tapi ingat selama mana kita kenal seseorang itu belum tentu dia boleh menjadi sahabat kita.Dan tak mustahil juga, dia boleh menjadi sahabat kita dalam sekelip mata.


Disini CC nak kongsi ciri-ciri sahabat sejati seperti yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali :

  • Jika engkau membuat bakti kepadanya,ia akan melindungimu.

  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya,ia akan membantumu.

  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,ia akan menerima dengan baik.

  • Jika ia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

  • Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,ia akan menutupnya.

  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,ia akan mengusahakannya.

  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

  • JIka datang sesuatu bencana menimpa dirimu,ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu ).

  • Jika engkau berkata kepadanya,nescaya ia akan membenarkanmu.

  • Jika engkau merancangkan sesuatu,nescaya ia akan membantumu.

  • Jika kamu berdua berselisih faham,nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Dalam Islam juga telah disediakan panduan dalam memilih kawan. Memilih untuk kebaikan adalah digalakkan supaya diri kita juga dihindari dengan sifat2 negatif dan buruk.

  • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Berkata Saidina Ali a.s :

” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disampingmu.Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu.Sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”







Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: