Tarikh : 10.10.10
Jam 6.45pagi aku dah sampai kat Danga Bay untuk join Bigwalk 2010 anjuran Hospital Permai Johor Bahru..Aku jumpa pidot kat kaunter pendaftaran.Pandai betul kawan aku sorang tu.Dia leh jadi Urusetia lak ari tu.Kalau tak,confirm aku tarik dia join masuk Bigwalk.Nasib Nonong,lili,Iewa dan Eday join skali.
Dah siap pendaftaran,aku ke kaunter sebelah pula untuk ambil t-shirt,beg dan sijil penyertaan.Yea dapat baju baru!hehe t-shirt dia simple tapi comel.Siap ada gambar tapak kaki kecil kat logo.hee
Lebih kurang jam 8.00 pagi,semua peserta dipanggil berkumpul di tempat lapang untuk sesi `warm up’.Rasa dah lama tak buat exercise macam tu.Sebab kalau dulu kitorang jogging tak buat pun `warm up’ .. Tu sebab utama selalu pancit..hahaha lain yang disuruh,lain aksi yang jadi..Tu yang jadi joget zapin kat situ.Rasa nak bersilat pun ada..Adoyai..aku pun tak tau apa yang aku cuba buat time tu.. :o)
Ini la dia peserta - peserta BigWalk 2010.Ada yang tua dan muda,remaja dan dewasa.Tak ketinggalan ada pelajar2 sekolah yang turut serta.Pada pandangan aku,secara peribadi aku suka program macam ni sebab bukan sahaja ia baik untuk kesihatan,tapi ini adalah masa untuk kita bertemu dan mengeratkan silaturrahim sesama rakyat Malaysia.Setelah seharian kita penat bekerja,hujung minggu kita rehatkan minda dan badan dengan aktiviti sebegini.
No comments:
Post a Comment