25 January, 2011

Cerita aku...dia dan mereka

Hai..hai..hai.. Rasa dah lama aku tak celoteh kat sini.Maklumlah 2 3 menjak ni aku bz sesgt.Masa yang ada terlalu padat utk aku on komputer kat umah.Adakalanya bila da on komputer,aku lak leh tertido depan komputer.Kalau komputer tu hidup, konfem dia libas aku dgn `mouse', taip kat sreen monitor ~Awak jangan basahkan ` badan' (keyboard) saya dengan air liur basi awk tu ! hehehe saja nak wat cite dongeng... klu betul2 komputer tu hidup.aku sanggup wat keje pakai typewriter..  :o)


Opss back to story,sbnrnya aku nak citer la psl ragam manusia ni.Berniaga di tengah bandar JB.Telah memberi aku satu hobi baru.Iaitu skodeng orang.Bkn skodeng pe pun,juz tengok ragam diorang. hee


Aku berniaga makanan ringan.Hari pertama aku buka, pelanggan pertama aku adalah seorang perempuan. Kecil molek.Beli nasi lemak 1 telor & ayam goreng. Air mineral. Dari gaya berpakaian,aku leh agak dia siapa.Tapi tak perlu la aku cite pe dia pakai.Janji dia berbaju.Tetiba datang sorang dak perempuan dalam lingkungan 10 tahun.Owh anak dia rupanya.Bila da beli,diorang duduk satu sudut.Rupanya mereka bertiga.Mgkn suami dia. nasi lemak sebungkus tu dikongsi 3 org.Hari yang kedua,tak beli apa2 tapi mereka pakai baju yang sama.Dalam hati aku tedetik,ada org yang lebih susah dari aku..Sekirang2nya aku ada kerja dan tempat tinggal.Bersyukur aku kpd Allah.


Berniaga kat situ gak telah membuatkan aku berkawan dengan uncle2 teksi yang berbangsa india.Dia memang sporting & peramah.Slu lepak kat tpt aku.Kalau ada yg kacau,leh panggil dia kasi marah sama dia. hahaha aku da ada bounzer! Maklumlah kat situ ramai yang kurang siuman & tiada tempat tinggal.


Paling yang aku tak leh handle,bila ada satu hari tu,ada pakcik dalam umur 60an.Pakai kot,suar slack & berkaca mata. Ada beg.Bergaya.Dia menegur Syabil,(anak sedara adeq),peramah. Aku & angah ,melayan berbual.Tapi bila borak punya borak,sekali dia minta kitorang RM2 daa...nak bli makan katanya.Aku dan angah dah terpinga2.Dalam hati aku berkata,biar betul pakcik ni? Sekali bila aku terpandang beg yang dia bawak,baru aku perasan dlm tu adalah tin & botol kosong..hehehe dgn ikhlas hati,ku anggap sedekah. Aku hulurlah sikit kat dia. Bila dia da blah,aku & angah saling berpandangan & tersenyum kambing.. nak tau senyum kambing macam mana?? ?










Haaa.. macam ni la..MANIS X? hahaha
Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: