27 January, 2011

Sejak 2 menjak ni..


Keje berlambak..tp aku xleh nak wat sbb mata ni mogok.So aku pun wat la sesi fotografi sdri. Muka xlah cantik sgt.Suam-suam kuku je. hehehe ni gambar aku kat ofis.Nsb la ofismate aku tak pasan.Padahal duk depan2 je...Alah klu dia nmpak pun xpe la.bukan aku pakai kamera dia..hehehe

Hmm tetiba je aku nak tunjuk korang satu gmbr.Korang nak tgk x gmbr aku  2 tahun lepas..time aku ngah chubby gile2..Korang jangan terkejut lak tgk badan aku....  








Jeng..jeng..jeng.... Bagi suspen cikit.. hee










Caaaak....












Ini la aku.Chubby kan..hehe aku tak takut nak upload gmbr ni sbb ni gmbr aku sdri.Bukan gmbr org lain.Aku tak malu nak upload sbb dalam gambar ni aku berpakaian.. :o)

Adik-adik,abang-abang, akak- akak sume. Berat badan aku masa ni adalah 108kg.Dengan ketinggian 164cm.. Korang nak tau cane leh jadi macam ni?? ini sume adalah kerana Stress. Ble stress,apa yang kita slu wat.Makan! betul x? Tapi masa ni ,aku tak mkn banyak.Tak makan berat.Tapi aku makan berulang & jajan.Bila badan da besar mcm ni nak bergaya pun malas.Nak bergerak.Lagi aku malas.Jadi lah badan mcm belon..

Satu hari tu aku tersedar yang klu aku terus mcm ni.Berbagai penyakit akan datang.Betul x? Jadi korang tau apa yang aku buat?? aku tak makan ubat kurus .Sebab nak beli ubat kurus mahal dan lum tentu berkesan.

Tapi aku displinkan diri aku agar tahan nafsu makan.makan sekadar alas perut.Aku pi Gym walau aku x tau cane nak gerakkan mesin treadmill tu.Lagi lak aku pi sorang tanpa berteman.Aku pi pun tak lama hanya 3 bulan.Tu pun ada yang ponteng.hehehe

Bila ada masalah datang.aku akan cuba tenangkan diri aku dan cuba ingat benda yang mengembirakan aku agar aku leh ketawa.Alhamdulillah sekarang berat aku 83kg.hehe Sekarang aku boleh bergerak cepat & wat keje dengan pantas.  :o)

P.S  : Ini sekadar nasihat kepada sesiapa yang mungkin mengalami nasib seperti aku.Aku tak jual ubat kurus.Sbb aku bukan salesgirl.Aku bukan nak cari downline sbb aku tak join MLM.. Tapi sekadar nasihat kepada kawan2..


Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: