06 September, 2011

Malam Istimewa buat Yuzeema

Hai.. hai.. hai.. excitednye nak update blog ni.. hehehe Jari ni selalu gatal nak draft entry.Tp sure bila sampai umah terus tumbang..tido la.. heeee  Berderet citer yg aku nak story kat korang.Tapi  sumenya hanya ter`save’ kat draft..  hehehe

Ok ,skang aku nak story pasal sambutan majlis harijadi adik kesayangan aku.Actually dia adik angkat aku.Tapi disebabkan sudah 8 tahun kami berkenalan,kami seperti adik beradik kandung.Pendek kata kenali gerak geri tanpa perlu bicara.Cee wah… ayat menyengat !!  :)

Petang tu kitorang hang out macam biasa.Pi membeli belah di tingkap.Omputih kata window shopping  :).. Hampir waktu berbuka aku & adeq juz bli roti kat Lavender.Juz sebagai syarat utk berbuka.Act agenda berbuka di tempat lain iaitu Rawa Steamboat Taman Gaya. 





Wajah adeq berseri2 bila harijadinya disambut oleh semua ahli keluarga tersayang.Biar pun disuarakan perasaan gembiranya dengan bisikan namun aku tau sedalam mana perasaan itu.Pastinya aku mau senyuman adeq terukir selalu. Jadi sempena harijadinya , aku wat plan untuk malam harijadinya.Nak tau apa plannya ? ngeh ngeh ngeh ( ketawa nakal – kawan2 aku je tau cane bunyinya.. hehe  )





Ini la plan nya.. Main mercun !!  hehehe  Act petang tu aku ke bazar Ramadhan kat Taman Suria.So ada brother jual bunga api & mercun.Aku pun bli la untuk kitorang main malam kang.hahaha  tapi sory yek gambar main mercun or bunga api tak banyak sebab kitorang bz sesangat main baling2 mercun sesama sendiri & selamatkan diri dengan berlari sampai semput dibuatnya.

Tapi malam tu ada mercun spesel cikit wat adeq aku.Oleh kerana aku tau dia suka tengok bunga api.Aku ada beli satu bunga api yang spesel cikit arr..Tak gempak sangat tapi cukup sebagai penceria malam tu.. Gambar takde. Tapi video ada.. hehehe 






Sorry yek.. video  tak berapa memuaskan.. Ada satu video lagi pada Amin ( Adik kepada adeq aku). Yang tu ok cikit la. Tapi sebab masing2 sibuk dengan keje.Video tu akan aku upload kemudian..  :)

Apapun aku pun turut gembira kerana malam itu semua yang aku lakukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan & puas hati bila semua tersenyum dan ketawa gembira.Terutama bila mendapat ucapan terima kasih kerana dia hepi sangat malam tu.. Majlis harijadi.. mestila kene hepi2 ! Kan deq ??  :)


Ada satu ayat yg diucapkan dimana masih terngiang & aku tanam dalam hati aku..  ` Tangan kita ni klu terhiris, darah kita yang mengalir adalah sama.Takde istilah org luar sbb da mcm adik beradik kandung. Ingat tu ! ' perghh.. sekali dia bagi ayat menyentap beb ! Dia tak tau ke dalam hati aku ni berkata ` Deq.. ko nak tau tak? tiap kali klu ko bercakap, ayat2 tu berlumba2 berdesup masuk & tersekat dalam ingatan aku ni tau..Memory aku ni 5GB je..Nasib x hang.. Mgkn nak kne upgrade cikit.. hehehe


***   Wat adeq… Selamat harijadi adeqku… Semoga panjang umur, murah rezeki, tercapai segala impian dan cita2 serta sukses dalam hidup.. Org sayang adeq  <3 <3




Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

2 comments:

FeeQaSha said...

selamat ary jdi hemo! :P
sedapp cake. hehe.

allisya said...

Mestila sedap Eka..Lemak berkrim.. hehehe Npe x turun JB? Leh celebrate skali.. :)