11 December, 2011

Nak jadi penderma organ ??

Sebagai salah seorang penderma darah, aku sering ditanya oleh pegawai kesihatan, kot2 aku nak jadi penderma organ. Jawapan aku.... hanyalah senyuman.  :)
Adakalanya aku terfikir untuk sertai,tapi bila terfikir kedua orang tuaku,perkara itu berlalu begitu saja.


Risiko penderma organ
Selain risiko pembedahan seperti jangkitan,pendermaan organ juga mempunyai beberapa risiko tambahan.


Penderma buah pinggang
• Tekanan darah tinggi
• Protein dalam urin yang boleh memberi petunjuk awal
Kepada kegagalan buah pinggang.


Penderma paru-paru
• Darah beku terutama dalam paru-paru
• Kesukaran bernafas
• Kegagalan fungsi paru-paru
• Masalah jantung termasuk ritma jantung tak normal
• Jangkitan dan radang paru-paru


Penderma hati
• Darah beku
• Halangan pada usus kecil
• Masalah pendarahan


Mengikut statistik Kementerian Kesihatan sehingga Oktober 2011, seramai 14,113 pesakit menunggu buah pinggang,18 (hati), 3 ( jantung), 5(paru-paru) dan 2 (Jantung & paru-paru).Sehingga tarikh yang sama juga,jumlah penderma organ di Malaysia adalah seramai 345 orang.Kaum cina (55 peratus), India (24 peratus) dan Melayu (18 Peratus).









Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: