Kali ni CC kene outstation di Taiping lak. Masa on da way, Yati bitau hotel untuk kitorang masih belum ditentukan lagi. Tapi walau pe pn perjalanan diteruskan dengan lancar. Jam 10 pagi kitorang bertolak, tiba di taiping lebih kurang jam 7malam. Perut dan berdangdut minta makan. Nak salin baju dan ber `touch up' pun tak selesa sebab dah berpeluh dan waktu yang suntuk untuk kitorang bersiap. Tapi apa boleh buat, tugas kene siapkan dulu. Emosi keje terganggu dengan belaian sang kelkatu yang banyak sampai masuk dalam baju dan hidung. Hati tak tenang betul bila dia tak faham bahasa sampai buat CC bersin. Dia ingat terowong Karak ke nak merempit dalam hidung?
Ok stop pasal kelkatu! now CC nak citer pasal Bukit Merah Laketown Resort! Berita gembira kami terima big boss bagi kami tido di BMLR.. Time malam kami sampai biasa je tempatnya. Tak nampak apa pun. Tapi yang pasti parking memang PENUH. So CC dan Yati da sepakat membawa berkat nak ronda sekeliling nanti. :)
Awal pagi jam 7 lebih mata dah tercelik. Yati org pertama yang bangun dari katil. Excited betul minah tu.hehehe Actually CC pun excited gak.Tapi biasa la bila da cuaca sejuk, katil empuk, bantal lembut. Sure la badan ni jadi malas. Sebelum tu CC nak kenalkan sape Yati ni.. jeng jeng jeng....
haa ni la yati... COMEL kan ?? hahaha Bila pagi rupa dia macam ni. |
Bila malam baru dia jadi manusia. CUN tak? Baik cakap cun kalau tak nanti CC kene bantai.. ahakss... |
Ini adalah gambar pada waktu pagi yang sempat CC amik. Macam2 ada kat cini. Korang leh pi Taman Tema Air, Skycycle, Haunted House, PaintBall game, Taman Eco Park, melawat ke Pulau Orang Utan dan macam2 lagi. Pendek kata hanya datang cini je, macam2 aktiviti korang leh wat.
Pandangan dari jeti |
belakang cikit tempat paintball |
jeti |
Diorang pun berkawad gak pepagi |
Selain tu ,korang pun leh bagi makan pada itik dan ikan kat tasik
Add caption |
Di suatu sudut, korang akan berjumpa sebuah kedai kecil yang menjual pelbagai bentuk kristal. Kalau korang adalah penggemar kristal, korang leh terjah kedai ni. Harga serendah dari RM10 hingga ke RM 2000 . Kristal yang dijual juga mempunyai bentuk yang unik dan cantik. CC sendiri teruja dengan kristal2 ni. Kat kedai ni je hampir 1 jam kami membelek dan berbual dengan tuan punya kedai yang ramah.
Pandangan dekat Bukit Merah Laketown resort |
Hasil buatan tangan orang kurang upaya! Unik dan kemas! |
Haaa cane geng? Ada teringin tak nak terjah BMLR ? Apa yang pasti korang takkan menyesal datang ke sini kerana terdapat macam2 lagi tempat yang seronok boleh korang terjah. CC sendiri rasa nak datang lagi ke sini.
Dalam perjalanan balik juga kami sempat singgah berehat, makan dan bergambar di R&R Gua Tempurung.
Ok la sini je celoteh CC malam ni. Mata pun da ngantuk sangat. Nanti CC akan sambung celoteh CC tentang Kembara Mahkota Johor lak. CC akan join Kembara Mahkota Johor yang akan diadakan bermula 13hb Mei 2012 hingga 16hb Mei 2012. Jangan lupa tonton siaran langsung dan dengarlah Radio Best 104.. :D
No comments:
Post a Comment