Jam 1.40 tengah hari,aku,Adeq,mama & Kecik ( kawan adeq) siap2 nak kuar pi jalan2 cari makan..Perut aku da lapar gile..tak leh handle da ni.Berpusing2 kitorang kat Bandar Ipoh.Last2 Adeq bawak kitorang pi makan kat Restoran Sabar Menanti.Semua masakan lauk kampung.Macam lauk ikan,ayam & daging.Ikan bakar ada,sambal belacan & ulam! Restoran dia pun agak menarik la.Lauk dia pun leh tahan rasa..Dan masa tu Kecik yang belanja kitorang makan.
Destinasi seterusnya,Jaya Jusco.Walau pun Jaya Jusco kat sana tak sebanyak di JB,Tapi orang ramai giler beb!Sebab semua student datang berkumpul kat situ.Tambahan lagi kat situ ada wayang.Kitorang pun tak ketinggalan nak gak tengok wayang.Citer Piranha! Memang best citer tu.Tak dinafikan banyak adegan suspen dalam citer tu.Dan aku pun ikut terkejut bila sesekali adeq menjerit! hahaha aku bagi 4 bintang la kat Piranha tu sebab berjaya wat aku suspen!hehehe
Abis wayang,kitorang sambung lik jalan2 kat situ.dah nak kul 8 malam..aku bertanya kat adeq. `adeq taknak bagi kitorang lik JB ke?’ mana taknya,tiket lik JB tak beli lagi.Entah ada ke tak..Isnin nak keje ni.Then disebabkan tak sempat nak beli malam tu.Kitorang beli sok pagi je la.Dah bosan kat Jaya Jusco,kitorang ke Bazar Gerbang Malam..Ala bazaar karat kat JB.Murah2 gak barng diorang kat situ.Dah puas berjalan,perut lapar lagi..Ish..ish.. apa lagi kata jalan2 cari makan..
Adeq bawak lak kitorang ke tempat yang baru.Warung kat Bt Gajah.Nama warung dia Tomyam Sejati.Tapi adeq & kawan2 dia panggil kelkatu goreng..hehehe Makan kat sini lain sikit sebab dia ada pakej..Pakej 2 jadi pilihan kitorang.Siakap 3 rasa,tomyam campur,telur dadar,daging merah,sambal belacan & kalian ikan masin.Cukup untuk 4 orang makan.Jumlah RM 29.90!! Believe it or not!! Masakan diorang memang sedap!kitorang makan sampai tak berbual pun.Masing2 menghayati punya pasal.Dan aku punya menghayati sampai kepala ikan tu pun aku ngatah.Rangup seh..Marvelous la!! Pas makan ape lagi..balik la..tido..esok adeq nak bawak jalan lagi..Yeh yeh… :)
No comments:
Post a Comment