23 September, 2010

2nd day kat Perak

Kul 10 pagi,kitorang kuar pi bli tiket bas dulu kat Hentian Sri Iskandar.Kali ni lagi sorang kawan diorang join.Nama dia Ash..Sampai kat sana,adeq turun tanyakan tiket.Berdebar2 aku & mama nak tau tiket ada tak?Alhamdulillah.tiket ada..Bas gerak kul 9.45 malam.So kene la manfaatkan masa yang ada. kitorang pi sarapan kat Pam minyak Petronas..bukan teguk minyak ok..tapi kat situ ada sediakan tempat makan.Adeq suh rasa yang special kat situ.Half Boil Egg dia letak atas roti bakar!Mmm not bad la..Lain dari yang lain..Perut da diisi.Mama suarakan isi hati dia nak pi Bazar Antik.Dia ada tengok kat rancangan Majalah 3.Jalan2 kat situ best.Berpusing2 gak la nak cari jalan ke sana.Sebab jalan dia banyak sehala.Jadi kalau terlepas simpang,pandai2 la cari jalan tadi semula.Akhirnya tempat dah jumpa.Parking da ada..Waa memang betul2 antik la barang yang diorang jual.Bayangkan kalau Seterika yang pakai arang,telefon yang ada 2 corong tergantung tu pun ada jual kat sana.Tapi kitorang tak lama kat situ sebab da nak tutup.Bazar tu hanya dibuka dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.Apa pun mama sempat gak beli mesin jahit antik dengan harga RM 25 sahaja.hehehe
Destinasi seterusnya ke Ipoh Parade.Shopping Kompleks kedua yang kitorang pi kat sana.Kat situ tak berapa menarik sangat la.Tak seperti kat Jaya Jusco.Orang pun tak ramai.Tapi aku sempat gak singgah kat Mini Thailand.Mula2 masuk aku dah terkejut sebab ada patung sami Buddha kat situ memang Nampak real.Harga dia RM 16,888.00.Aku pun tak tahu samada patung tu dibuat dari lilin atau diawet.Tapi sebijik macam orang betul..Aku nak try tatap mata dia pun aku takut.Konon nak pastikan samada betul atau tidak.Takut gak mana tau aku ngah tenung mata dia,Tetiba dia kenyit mata kat aku.Demam tak kebah aku!! Hahaha jalan2 kat dalam tu memang best untuk mama sebab mama sempat sambar 2 helai baju.Pastu kitorang pi makan somtam.Menu utama mee tomyam la..memang power.Tapi aku paling jatuh cinta pada ais limau blended dia..Apa eh nama dia..Na Manoa? Nak Mona? Ntah la aku x pandai sebut.Aku tengok adeq aku sebut lancar je.Bila dia duduk Thailand pun aku tak tahu..hehe hahh ice blended dia tu memang menusuk kalbu aku..Aku tak tahu nak describe kan cane rasa dia.Tapi kalau korang nak rasa,pi beli tiket bas ke Perak..hehehe Sambung lik jalan2










Destinasi seterusnya Gunung Lang.Tempat tu ada taman ,tasik dan kalau nak ke taman naik bot.Bayar RM 3 je utk dewasa.Kanak2 dan Warga emas RM 1.50.Kat situ kita leh bagi makan Ikan Koi & Sembilang ..Aku terperanjat giler tengok ikan kat situ sebab ada yang hampir sama saiz dengan kucing dewasa!! Ikan2 semua timbul di permukaan bile kitorang campak makanan..Eee geli gak aku tengok ikan sembilang bebanyak..Macam lintah pun ada.Mulut dia kalau bukak penumbuk aku pun leh masuk tau..Kitorang stay kat situ jalan2,amik gambar,rehat2 sampai kul 6.30 petang..




Hmm Cuma tinggal 3 jam saja lagi sebelum aku dan mama lik JB..So kitorang pun lik umah sewa adeq,siap2 mandi.kemas baju semua.kul 8.00 malam da gerak kuar semula.Nak pi makan lagi Kat Petronas.Kali ni makan Adeq suggest makan nasi ayam lak.Pehh memang giler la..aku rasa lik JB ni sure badan aku naik ber KG++…aku bising kat adeq nape asyik bawak pi makan je..Dia cakap nak balas dendam kat aku sbb kalau dia lik JB pun,mesti kitorang pi makan!! Huhuhu nak kene diet lik ni..

Pas makan sempat lagi adeq bawak kitorang pi kedai cenderahati.Jual barang murah la gak.Aku beli game `Tetris’ yang menjadi kegilaan aku dulu..hehe baru RM 5.90.. Ok ow..jam dah kul 9.30 malam..kene patah lik.. takut tertinggal bas..fuhh sempat lagi..bas akhirnya sampai kul 10.00 malam..Sedihnya hati ni nak lik JB.Sedih nak tinggalkan Perak..tinggalkan adeq..huhuhu tapi takpe sebab pertengahan bulan November,adeq lik JB untuk cuti Sem lak..hehehe



Babai Adeq….babai Sri Iskandar..babai Petronas & babai Kelkatu Goreng…Aku akan datang lagi..
Pastiiii !!...
Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

1 comment:

Anonymous said...

Nice view..nice shoot :)