23 October, 2010

Tekanan perasaan

Setiap individu tak terlepas dari menghadapi tekanan perasaan.Ada yang berpunca dari kerja,diri sendiri mahupun persekitaran..Tak semua orang dapat menangani tekanan ini dengan baik..Jika tidak dikawal boleh memudaratkan diri sendiri.Maka terjadilah peristiwa2 berdarah seperti mengamuk ,bunuh tanpa niat dan bunuh diri.


Apa sebenarnya yang menyebabkan kita boleh mengalami tekanan perasaan?. Setelah aku cari di internet ,aku dapati terdapat beberapa faktor yang boleh dijadikan punca kepada tekanan seperti hutang yang banyak,sering dibuli,sikap pemendam ,terlalu fokus pada study,masalah rumahtangga dan lain2 lagi.
Tekanan yang keterlaluan juga boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan. Antaranya ialah:


1. Rambut boleh gugur dan menjadi botak.
2. Fikiran terganggu dan mungkin gagal bertindak menyelesaikan rutin seharian.
3. Tekanan darah tinggi dan boleh meningkatkan risiko serangan jantung.
4. Sistem imunisasi badan dan daya tahan menjadi lemah menyebabkan seseorang yang menghidapi
tekanan mudah alah terhadap keadaan yang paling remeh.
5. Masalah saluran penghadaman; mudah dapat gastrik, ulser peptik dan radang usus besar.
6. Mulut diserang ulser
7. Otot mengalami sentakkan sentakkan kecil.
8. Sistem pernafasan terganggu jika tekanan emosi keterlaluan, pesakit mungkin boleh mengalami
asthma.


Terdapat beberapa cara untuk menangani tekanan :


1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk ( Bagi yang beragama Islam )
2. Perbanyakkan membaca Al-Quran.
3. Lakukan aktiviti luar seperti bersukan & beriadah.
4. Amal diet yang seimbang.
5. Meluahkan perasaan pada seseorang,conteng pada kertas atau menangis sepuas hati.
6. Yakin pada diri sendiri.
7. Pelukan dari sahabat,ibu bapa atau pasangan.


P/S : ceriakan diri anda selalu.
Jari tu tekanla kt cni :) www.tips-fb.com

No comments: