Hari ini aku belajar satu lagi permainan hidup.Dimana manusia akan sentiasa mencari jalan bagi mencapai matlamat atau mendapatkan kekayaan dalam kehidupan mereka.Manusia dikurniakan akal dan fikiran untuk berfikir dan merancang.Manusia juga diberikan kekuatan dan semangat untuk melaksanakannya. Tapi.. adakah benar jalan yang mereka pilih? Apakah betul cara yang mereka lakukan?
Semuanya terletak di tangan kita sendiri.Sama ada kita yang mengusahakannya.atau kita di pihak yang kedua@ ketiga?Cara & usaha yang dilakukan pasti inginkan hasil yang setimpal.Dan untuk mendapatkan habuan,manusia sanggup berkorban atau menjadi korban.
Apa yang aku bualkan disini bukanlah untuk menunding jari kepada sesiapa.Tapi ini adalah pengalaman dan pengajaran yang kita boleh pelajari .Sentiasa berwaspada pada setiap langkah yang diatur atau keputusan yang kita buat.
Kerana keputusan berdasarkan emosi pasti memakan diri..
No comments:
Post a Comment