Pagi2 lagi aku terpaksa kuar umah awal sebab perlu jumpa seseorang.Aku tak masuk ofis,terus ke destinasi.Hmm semalam dia cakap kita jumpa kat sana jam 9.00 pagi.Aku yang bijak pandai ni pun tak tanya la kat mana.bajet confirm la kat ofis dia.Berebut2 aku kuar umah sebab untuk ke Bandar JB sure kene jem dulu.Sampai di Menara Tabung Haji,jam baru kul 8.50pg.Waa aku awal sampai. hehehe aku kol kawan sekerja tanya lokasi dimana.Dia & GM aku ada di lobi.Dia suruh aku naik tingkat 25.
Sampai kat Guard,aku maklumkan nak ke tingkat 25.Guard tu tercengang."Eh,tingkat 25? Setau pakcik bangunan ni sampai tingkat 21 je".. Aku lak terpinga2..Aik..mungkin diorang salah sebut kot.Aku bagi tau la yang aku nak ke Ofis dot dot dot..Oww tu tingkat 10.Lif sampai aku terus masuk bersama 3 orang lagi. Bila nak tekan button,aik? takde lak button no 10.aiseymen aku salah naik lif daa.Sebab lif tu untuk tingkat 1 hingga 7 je.Say sory kat orang dalam lif,dengan muka tapir rock,aku kuar dari lif.Malunya aku.Nasib takde orang lain yang tunggu lif sama dengan aku.
Bila sampai kat ofis tu,aik! takde pun kasut diorang?? hmm hati aku da berkata sesuatu. aku kol lik diorang..jeng jeng jeng aku da agak dia.Aku silap tempat daa.Diorang kat Menara Sarawak. hahaha diorang igt aku tau lokasi sebenar.Tu yg diorang diam je. Hampeh tul..
Jam da kul 9.00pg.Mati aku lambat da ni.Sampai kat Stulang Laut, kpala aku da pening sbb jalan banyak lubang & tutup.Maklumlah masih dalam pembinaan.Mana satu lak Menara Sarawak ni.Aku igt2 lupa.Aku kol GPS aku. ( Ayah aku la) hahaha
Dah la park kat tepi jalan.Terkedek2 aku lintas jalan dengan berbaju kurung.Lori besar2 lalu depan aku.Ishhh padan muka aku.Selalu pakai jeans dengan tshirt je kan.Rasakan !! hehehe kawan sekerja aku suruh aku ke tingkat 5.Ada tempat makan di tempat parking.Aku dengan keyakinan yang tinggi.Terus masuk lif.Maklumlah dah terlambat.lagi sekali aku terpinga2.. aku tak pasti spek aku kelabu atau memang aku rabun ayam? aku tak jumpa button no 5.Paling rendah tingkat 15!! Adoyai.. apa la nasib aku ari ni.Salah masuk lif je.tapi kali ni aku tak kuar lif.Dengan bangga aku tekan button 16.Sampai tingkat 16,aku sorang je yang kuar.Nasib baik! hahaha pintu lif tutup je cepat2 aku tekan button lif untuk turun ke bawah.Cee wah..pandai aku cover line!! hahahaha
Pintu lif terbuka,ada sorang brother dalam lif.Aku tengok dia da tekan button 1.So aku wat dek je la.Tetiba brother tu tanya aku 'nak ke tingkat 1 ke kak?'..aku baru nak jawab ya,tetiba aku terpandang ada button 5!! Yess!! Dengan nada sopan,aku menjawab ops sory.tingkat 5.Dia tekankan button untuk aku.Dalam hati, aku tak sabar nak sampai tingkat 5.Sampai je tingkat 5,pintu lif da tutup.Aku tepuk dahi sambil ketawa sorang2.. ketawakan diri aku sendiri.. hahahaha adakah aku kalut macam ni sebab aku berbaju kurung?atau mungkin kerana aku dah terlambat dengan temujanji? hehehehe cuma aku je yang tau sebabnya.. :)
1 comment:
lawak la cite ko ni....
Post a Comment